Assalamualaikum w.b.t,
Syukur alhamdulillah, tanggal 16 Ogos 2009. hari ahad lepas, Colour Concept dengan jayanya mengadakan Majlis Pengenalan Kelab Seni Silat Gayang Lima, Shah Alam. Majlis berlangsung dengan suasana yang sederhana dari segi persediaan dan juga sambutan yang diterima. Sungguhpun kehadiran tetamu sedikit tetapi ahli kelab G5 Shah Alam puas kerana inilah kali pertama majlis seumpanya diadakan dan telah mencapai objektif majlis iaitu 'trial event'. Dapat Uncle lihat betapi tingginya moral dan semangat ahli-ahli yang juga sahabat-sahabat silat selepas majlis tersebut. Terima kasih kepada tenaga kerja yang hadir kerana ini membuktikan betapa anda sayangkan warisan bangsa. Uncle F berasa terharu kerana mendapat sokongan kuat daripada sahabat2 silat, cikgu dan rakaniaga Mr. Ewan Entropos kerana sudi hadir walaupun hari hujan lebat.
Studio Semerah adalah satu gelanggang seni yang diwujudkan oleh Colour Concept Resources sebagai satu wadah bagi syarikat mendekati atau berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Bersambung...
Monday, August 17, 2009
Studio Seni Semerah
Posted by Uncle F at Monday, August 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment